Tabung Dana
Afghanistan
Untuk masa terkini GISBH bersama YKPPM sedang mengusahakan misi bantuan ke Afghanistan termasuk dana untuk misi tersebut.
Matlamat penubuhan Dana Afghanistan adalah untuk meringankan beban negara tersebut yang sangat kritikal keadaannya.
Sabda baginda saw:
“Sebaik-baik manusia ialah yang paling banyak manfaatnya kepada yang lain”…
Maksud Hadis

Jumlah Sumbangan Terkini
Jumlah Penyumbang
HUBUNGI PENGELOLA
Hotline
kita prihatin
Mengapa kita perlu membantu Afghanistan ?
1.Afghanistan telah menderita akibat penjajahan selama lebih 40 tahun oleh Soviet Union dan Amerika Syarikat serta sekutunya NATO.
2.Satu generasi Afghanistan tidak pernah mengenal kebebasan dan keamanan apalagi pembangunan dan kemajuan.
3.Tarikh 15 Ogos 2021 adakah tarikh kemenangan menghalau Penjajah Amerika Syarikat dari bumi bertuah Afghanistan. Kemenangan ini amat bermakna kepada dunia Islam kerana kekuatan yang hebat dan terkuat disegi militari mampu dikalahkan oleh pejuang pembebasan Afghanistan atas semangat Jihad fi Sabil ALlah.
4.Setelah 8 bulan Kerajaan Taliban memerintah, dengan hanya berbekalkan pengalaman berperang tanpa pengalaman bermakna dalam membangun negara serta dana miliknya berjumlah lebih US7 billion dibekukan oleh Amerika Syarikat, maka Afghanistan jika Dunia Islam tidak membantu, bakal terjerumus ke lembah kemiskinan dan kehancuran akibat ekonominya lumpuh.
5.Justeru itu, umat Islam tidak boleh berpeluk tubuh melihat Afghanistan kembali hancur. Kita wajib melakukan sesuatu bagi membantu walau sekecil mana sebagaimana burung pipit berusaha memadamkan api dengan paruhnya yang sedang bersemarak untuk membakar Nabi Ibrahim AS.
6. Pelancaran Tabung Afghanistan ini adalah manifestasi keimanan, ukhuwwah dan infaq fi Sabil ALlah bagi membantu saudara kita yang amat memerlukan bantuan makanan dan perlindungan untuk meneruskan kehidupan.
Misi YKPPM dan GISBH
1. Membekalkan keperluan bahan makanan secara berterusan ke Afganistan
2. Membangunkan sebuah sekolah. Matlamatnya mendidik dan membina insaniah manusia. Bila insaniah terbina akan terbinalah tamadun lahiriah seiring dengan terbangunnya tamadun rohaniah sesuatu bangsa. Di sinilah pentingnya pendidikan atau sekolah dibangunkan.
3. Membangunkan Hospital untuk kesihatan jasmani..
kedua-duanya sangat penting untuk Islam semakin diwibawakan dan dilihat terbela.


Semoga YKPPM Terus Aktif Memberi Khidmat Kepada Manusia Ke Seluruh Pelosok Dunia Dengan Terus Disokong Erat Oleh GISBH Dalam Nak Menjulang Agama Allah Dan Rasul Sebagai Penyelamat Dunia Lebih Lagi Di Akhirat.
progam usahasama yang sedang dan telah berjalan
Berikut adalah di antara program usahasama GISBH dan YKPPM di dalam dan luar negara yang telah mendapat sambutan yang baik oleh segenap lapisan masyarakat.
Projek Usahasama
Program Jumaat Berkat di seluruh cawangan GISBH di 17 buah negara bermula pada tahun 2018.
Program Dapur Prihatin Bersama sepanjang PKP di seluruh cawangan kafe dan restoran GISBH
CSR Rawatan Kesihatan Secara Percuma.
Bantuan Kemanusiaan kepada mangsa Gempabumi Banten pada tahun 2018
Bantuan Kemanusiaan kepada mangsa banjir pada bulan Disember 2021