Projek Usahasama

Berikut adalah di antara program usahasama GISBH dan YKPPM di dalam dan luar negara yang telah mendapat sambutan yang baik oleh segenap lapisan masyarakat.

Program Jumaat Berkat di seluruh cawangan GISBH di 17 buah negara bermula pada tahun 2018.

Program yang bermula dari Julai 2021  ini sangat terkesan di hati masyarakat pada waktu itu kerana orang ramai rata rata hilang sumber pendapatan dan sangat susah hingga ada yang sanggup bunuh diri, Ini kita boleh lihat dengan jelas apabila media pada waktu itu hampir setiap hari memaparkan kisah kesusahan netizen yang berjuang untuk hidup. Atas rasa tanggungjawab terhadap sesama manusia  Keadaan ini  mendorong GISBH bersama YKPPM menawarkan perkhidmatan menyediakan dan mengagihkan makanan secara percuma untuk seisi keluarga hampir setiap hari.

Program Dapur Prihatin Bersama sepanjang PKP di seluruh cawangan kafe dan restoran GISBH.

Program yang bermula dari Julai 2021  ini sangat terkesan di hati masyarakat pada waktu itu kerana orang ramai rata rata hilang sumber pendapatan dan sangat susah hingga ada yang sanggup bunuh diri, Ini kita boleh lihat dengan jelas apabila media pada waktu itu hampir setiap hari memaparkan kisah kesusahan netizen yang berjuang untuk hidup. Atas rasa tanggungjawab terhadap sesama manusia  Keadaan ini  mendorong GISBH bersama YKPPM menawarkan perkhidmatan menyediakan dan mengagihkan makanan secara percuma untuk seisi keluarga hampir setiap hari.

CSR Rawatan Kesihatan Secara Percuma.

Bermula pada bulan Feb 2017 Doktor-doktor dan perawat Rawatan alternatif YKPPM dan GISBH mula bergerak secara berkumpulan dari  negeri Perlis ke negeri Johor untuk memberi khidmat ujian dan nasihat kesihatan secara percuma.

Bantuan Kemanusiaan kepada mangsa Gempabumi Banten pada tahun 2018.

Gempabumi yang mengorbankan lebih kurang 400 nyawa bukan satu tragedi yang biasa-biasa, pasti kelumpuhan yang dialami memerlukan sokongan yang sangat padu untuk memulihkannya. GISBH Bersama YKPPM sangat tidak membiarkan keadaan ini turut serta menghulurkan tangan untuk mangsa di kala genting tersebut melalui Remaja Pembela Ummah GISBH Indonesia . Bantuan itu adalah hasil bantuan yang dikumpulkan dari seluruh Indonesia yang merangkumi Acheh ke Papua.

Bantuan Kemanusiaan kepada mangsa banjir pada bulan Disember baru- baru ini.

Banjir besar yang telah melanda beberapa  kawasan di Lembah Klang dan sekitar yang sangat menggemparkan baru-baru ini juga turut mendorong pihak GISBH dan YKPPM untuk turun membantu sama. Bantuan secara besar besaran itu diagihkan hampir ke semua Kawasan banjir yang terjejas terutama beberapa kawasan di daerah Klang dan Sepang.