Mengenai Kami
YKPPM dengan slogan:
Gembirakan hamba Allah, nescaya Allah akan gembirakan kita
Telah berdaftar sebagai sebuah pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966 (seksyen 7) pada 30hb Mac 1990 dan sangat aktif menjalankan program kebajikan atas nama Allah dan Rasulnya.
Manakala syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sentiasa menyokong dan memberi kerjasama dari segenap aspek lahir dan rohaninya dalam membuat kerja-kerja amal ini.
Kerjasama dan jalinan erat ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi merupakan sebuah usahama yang telah sekian lama dan luas berkembang dalam melaksanakan kebajikan sesama manusia di dalam dan di luar negara.